MOHD JAMALUDDIN YUSOF PEMBANTU PERTANIAN SUNGAI BURONG 1

MOHD JAMALUDDIN YUSOF   PEMBANTU PERTANIAN SUNGAI BURONG 1

Monday, March 23, 2009

12.TAKLIMAT PRODUK BARU BAGI TANAMAN PADI DI KAWASAN SUNGAI BURONG 1.


Pegawai dari Auasia Agrotech sedang memberi taklimat produk baja berunsur surih . Produk Baja Elemento bagi kegunaan tanaman padi di peringkat 30-40 hari. Baja ini dapat membekalkan unsur Zn,B,Cu,Fe,Mn dan Mo yang diperlukan oleh pokok padi tetapi dengan kadar sedikit. Syarikat juga akan membuat petak permerhatian dengan menggunakan Baja Elemento.

Pegawai dari syngenta sedang memberi taklimat berkaitan produk baru racun ALIKA ZC .Racun ini dapat mengawal ulat putih, bena perang dan kutu terip. Syarikat ini juga akan menjalankan ujian petak permerhatian di kawasan sawah padi di Sungai Burong 1.

Petani yang hadir di majlis Taklimat Produk Baru dari Auasia Agrotech Sdn. Bhd dan Syngenta Crop Protection Sdn. Bhd.

11.Lapuran Tanaman Calit Dan Tanaman Tabur Terus Di Sungai Burong 1

Tuesday, March 17, 2009

10.Kawalan Sepadu Di Sungai Burong 1 (17.03.2009)



Taklimat Program Gotong Royong Kawalan Sepadu Karah Dan Bintik Perang di Badan Pengurusan Berpusat Padi Blok V2 pada 17.03.2009.

Pengagihan input kepada petani yang menghadiri program Gotong Royong Kawalan Sepadu Karah dan Bintik Perang di BPBP Blok V2.


Tanda-tanda serangan bintik perang dan karah yang terdapat di blok V2 pada peringkat padi 40-45 hari


Petani sedang membuat bancuhan racun untuk digunakan bagi semburan di sawah.


Petani membuat semburan dengan menggunakan racun yang bersesuaian dengan serangan yang terdapat di sawah mereka.

Petani sedang membuat semburan kawalan sepadu bintik perang dan karah di Blok V2.


Petani sedang membuat semburan racun dengan cara sepadu di kawasan Blok V2.


Petani sedang membuat semburan sepadu kawalan bintik perang dan karah.


Petani sedang membuat semburan di sawah.

Thursday, March 12, 2009

9.KEADAAN SEMASA DI KAWASAN SUNGAI BURONG 1(13.03.2009)


Petani sedang membuat lorong kerja di sawah mereka.

Cara-cara membuat lorong kerja. Peralatan yang diperlukan adalah tajak dan tali.

Lorong kerja yang telah siap. Lebar lorong kerja 6 inci dan 20 kaki diantara lorong serta terdapat 8 lorong bagi setipa satu lot. Tujuan lorong kerja ini adalan bagi memudahkan kerja-kerja meracun dan membaja serta memudahkan petani membuat penantauan di dalam sawah.

Kerja - kerja menyulam pokok padi .

Kerja menyulam padi dilakukan pada peringkal padi 5-10 hari. Bagi memastikan tiada ruang kosong dan pokok padi yang mati dapat ditanam semula.

Kerja - kerja memcabut padi angin dan rumpai dengan menggunakan tenaga manual. Biasanya kerja ini dijalankan oleh petani suri rumah.

Kawalan rumpai pada peringkat 10-15 hari.

Kawalan ulat dan serangga pada peringkat padi 10-20 hari. Pada peringkat ini serangan ulat lipat daun dan hama biasa terdapat pada pokok padi.

Meracun rumpai pada peringkat padi 10 hari. Pastikan air di sawah kering dan masukkan selepas 2 hari semburan.

Monday, March 2, 2009

8.PENANAMAN PADI MENGGUNAKAN JENTERA MENANAM


Meracun rumpai dan padi batat yang tumbuh selelah bajak ke 2. Peringkat ini meracun dengan menggunakan racun jenis semtuh seperti paraquat.

Membajak 3 peringkat sawah kering. Pastikan semua rumpai telah mati sebelum membajak.
Memasukkan air ke sawah sebelum membajak terakhir.
Membajak dalam keadaan sawah berair dengan menggunakan Niplo Harrow serta dapat meratakan tanah sawah.
Setelah membajak menggunakan Niplo Harrow serta meratakan tanah dan membuang air digalakkan meracun rumpai mengunakan racun pra-cambah sebelum menanam padi.
Setelah air dibuang dari sawah petak ini sudah sedia untuk kerja-kerja penanaman menggunakan jentera menanam. Bagi 1.2 hakter sawah memerlukan 300 keping semaian. Pastikan benih semaian bebas dari penyakit.
Selepas menanam dua hari air handaklah dimasukkan ke sawah secara berperingkat peringkat sehingga dapat menutup tanah sawah bagi tujuan supaya rumpai tidak dapat tumbuh.