MOHD JAMALUDDIN YUSOF PEMBANTU PERTANIAN SUNGAI BURONG 1

MOHD JAMALUDDIN YUSOF   PEMBANTU PERTANIAN SUNGAI BURONG 1

Wednesday, May 27, 2009

15.Menuai Padi Di Sungai Burong 1 Bagi Musin 1/2009

Jentera Menuai padi sedang menuai padi di kawasan Sungai Burong 1
Jentera Menuai sedang menuai padi.
Petani membuat kawal mutu hasil kerja jentera menuai padi.
Padi dituang kedalam lori untuk dihantar ke pusat-pusat belian padi.
Petani Blok N 2 sedang menuai padi yang telah masak dengan menggunakan jentera menuai.

14.Tanda serangan perosak tanaman padi di Sg Burong 1 (28.05.2009)

Simptom serangan ulat batang
Pokok Padi Angin yang terdapat di petak sawah
Penyakit Batang Biru pada pokok padi
Simptom serangan Bena Perang
Simptom serangan reput tangkai

Tuesday, April 7, 2009

13. Hands On Dan Gotong Royong Kawalan Sepadu Di Blok P (08.04.2009)

Mesin BSA 531 LSVG5(S) (Clearance Boom Sprayer) yang akan digunakan untuk penyemburan sepadu di Blok P.
Petani sedangan mendengar taklimat Hands On dan Gotong Royong Kawalan Sepadu menggunakan Mesin BSA 531 di Blok P.
Taklimat berkaitan Mesin BSA 531 di sampaikan oleh pegawai dari ACM
Penerangan berkaitan Mesin BSA 531 kepada petani dengan cara lebih dekat.

Semburan Mesin BSA 531 lebih berkesan dan sekata

Petani melihat sendiri cara - cara mesin BSA 531 beroperasi di lot sawah mereka sendiri mudah dan dapat menjimatkan masa.

BSA 531 sedang beroperasi di sawah sambil melatih petani memandu mesin.
Pemberian input kepada petani Badan Pengurusan Berpusat Blok P1 dan P2 yang mengikuti Program Hands On dan Gotong Royong Kawalan Karah Sepadu dengan menggunakan Mesin Penyembur Racun BSA 531

Monday, March 23, 2009

12.TAKLIMAT PRODUK BARU BAGI TANAMAN PADI DI KAWASAN SUNGAI BURONG 1.


Pegawai dari Auasia Agrotech sedang memberi taklimat produk baja berunsur surih . Produk Baja Elemento bagi kegunaan tanaman padi di peringkat 30-40 hari. Baja ini dapat membekalkan unsur Zn,B,Cu,Fe,Mn dan Mo yang diperlukan oleh pokok padi tetapi dengan kadar sedikit. Syarikat juga akan membuat petak permerhatian dengan menggunakan Baja Elemento.

Pegawai dari syngenta sedang memberi taklimat berkaitan produk baru racun ALIKA ZC .Racun ini dapat mengawal ulat putih, bena perang dan kutu terip. Syarikat ini juga akan menjalankan ujian petak permerhatian di kawasan sawah padi di Sungai Burong 1.

Petani yang hadir di majlis Taklimat Produk Baru dari Auasia Agrotech Sdn. Bhd dan Syngenta Crop Protection Sdn. Bhd.

11.Lapuran Tanaman Calit Dan Tanaman Tabur Terus Di Sungai Burong 1

Tuesday, March 17, 2009

10.Kawalan Sepadu Di Sungai Burong 1 (17.03.2009)



Taklimat Program Gotong Royong Kawalan Sepadu Karah Dan Bintik Perang di Badan Pengurusan Berpusat Padi Blok V2 pada 17.03.2009.

Pengagihan input kepada petani yang menghadiri program Gotong Royong Kawalan Sepadu Karah dan Bintik Perang di BPBP Blok V2.


Tanda-tanda serangan bintik perang dan karah yang terdapat di blok V2 pada peringkat padi 40-45 hari


Petani sedang membuat bancuhan racun untuk digunakan bagi semburan di sawah.


Petani membuat semburan dengan menggunakan racun yang bersesuaian dengan serangan yang terdapat di sawah mereka.

Petani sedang membuat semburan kawalan sepadu bintik perang dan karah di Blok V2.


Petani sedang membuat semburan racun dengan cara sepadu di kawasan Blok V2.


Petani sedang membuat semburan sepadu kawalan bintik perang dan karah.


Petani sedang membuat semburan di sawah.

Thursday, March 12, 2009

9.KEADAAN SEMASA DI KAWASAN SUNGAI BURONG 1(13.03.2009)


Petani sedang membuat lorong kerja di sawah mereka.

Cara-cara membuat lorong kerja. Peralatan yang diperlukan adalah tajak dan tali.

Lorong kerja yang telah siap. Lebar lorong kerja 6 inci dan 20 kaki diantara lorong serta terdapat 8 lorong bagi setipa satu lot. Tujuan lorong kerja ini adalan bagi memudahkan kerja-kerja meracun dan membaja serta memudahkan petani membuat penantauan di dalam sawah.

Kerja - kerja menyulam pokok padi .